Monday, 28 April 2014

Perancangan BBQ Program

Abstrak

Program Reunion Batch 04-06 ini merupakan program reunion pertama yang diadakan secara besar-besaran dalam usaha mengumpul seramai mungkin bekas pelajar SMRA Rembau Batch 04-06 yang kini majoritinya sudah berkerjaya. Secara tentatif, program ini akan dilaksanakan pada bulan Mei 2014 Pemilihan tarikh, tempat dan juga senarai aktiviti program diperjelaskan secara terperinci dalam kertas kerja ini.

Majlis ini menjadi satu tapak untuk bekas-bekas pelajar SMRAR terus berhubung. Kami juga merancang untuk mengadakan acara sukaneka. Sukaneka ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan yang telah lama terpisah. Kepulangan kami ini umpama simbol bahawa SMRAR sentiasa di hati kami.

Bagai sirih pulang ke gagang
Bagai pinang pulang ke tampuk
Kami pulang tanda ingatan
Kami hadir mengimbau kenangan

Objektif

Ø  Mengeratkan lagi ikatan silaturrahim
Ø  Mengumpul berita-berita terbaru dan berkongsi cerita
Ø  Menghidupkan suasana berkawan masing-masing mengambil berat perkembangan rakan-rakan
Ø  Mengimbau kembali nostalgia di SMRAR.
Ø  Menghargai pengalaman yang ditimba sepanjang pengajian di SMRAR
Ø  Menyemai semangat kerjasama dalam kalangan anggota ex-SMRAR
Ø  Menikmati suasana program yang bersifat santai sambil merehatkan minda

Tarikh

v  3/5/2014
v  4/5/2014
v  10/5/2014
v  11/5/2014
v  17/5/2014
v  18/5/2014
v  24/5/2014
v  25/5/2015
v  31/5/2014

Semua tarikh adalah untuk hari-hari sabtu dan ahad.  Pemilihan tarikh bergantung pada: Majoriti peserta yang dapat hadir. Para peserta boleh mengusulkan tarikh kepada Thania.

Cadangan tempat

·         Port Dickson batu 4
·         Port Dickson batu 2
·         Port Dickson pantai Poli
·         Port Dickson Blue Lagoon


Sasaran

·           Ex-Pelajar SMRA Rembau Batch 2004-2006.


Tentatif Program

10.00am  : Berkumpul di Petronas Mambau menghala ke tol P.D
10.30am  : Bertolak
11.30pm  : Di jangka sampai dan membuat persediaan
12.30pm  : Makan tengahari
1.30pm    : Solat Zohor.
2.00pm    : Aktiviti sukaneka
3.30pm    : Aktiviti bebas, solat asar
5.00pm    : Bbq
7.00pm    : Solat Magrib
8.0opm    : Makan malam
8.30pm    : Photografi dan bersurai


Kewangan

Yuran             :           RM 30
·         Makan tgh/hari         (RM 5/org)
·         Makan ptg/BBQ        (RM 20/org)
·         Persiapan tempat     (RM 2/org)
·         Sukaneka                    (RM3/org)
                                   
*jika wang mencukupi   -Door Gift untuk para peserta          (RM 5/org)

KEPERLUAN

·         Khemah/tikar
·         Alatan sukaneka
·         Alatan jamu
·         Alatan BBQ

Senarai Peserta


1.      Thania
2.      Ummul (Chepah)
3.      Asyilla
4.      Ain
5.      Acap
6.      Afiq
7.      Solihin (ciin)
8.      Finna
9.      Huda Rahim
10.  Ahlami
11.  Zack
12.  Nadjwa
13.  Araffah
14.  Azimah








No comments:

Post a Comment